Tuesday, April 29, 2014

E-penyata Gaji Kakitangan Kerajaan ANM

E Penyata Gaji jabatan akauntan negara e-penyata gaji & laporan adalah satu cara yang digunakan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk memberikan kemudahan kepada Kakitangan Awam Kerajaan untuk menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online. Kaedah ini dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan kos pentadbiran dalam mengeluarkan kertas bercetak (slip gaji) kepada kakitangan secara bulanan. Ia juga membantu penjawat awam untuk menyemak gaji mereka sepanjang tahun dalam satu portal tanpa perlu bersusah payah. Sekiranya perlu ianya boleh di cetak dengan cepat tanpa sebarang masalah. Ini amat memudahkan urusan lain yang memerlukan mereka menggunakan slip gaji untuk urusan pinjaman bank dan sebagainya.
Anda hanya perlu klik ke pautan di dibawah untuk ke laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata laluan, 
selamat membuat semakan e-Gaji anda.

Klik sini   https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my

e penyata gaji anm
Jabatan Akauntan Negara Website


anm e penyata gaji
e penyata gaji

Monday, April 28, 2014

Cara print slip e penyata gaji anm

    Setelah berjaya membuka e penyata gaji kakitangan awam anm pastinya anda ingin mencetak untuk kegunaan peribadi anda bukan?. Mungkin sesetengah daripada kita masih tidak tahu bagaimana untuk mencetak e penyata anda sendiri. Ianya sungguh mudah!. Tak perlu lah pengetahuan yang dalam tentang komputer hanya untuk membuatnya. Hanya perlu tahu untuk klik butang dan kerja anda siap!.

   Disini saya akan terangkan bagaimana cara mudah untuk mencetak slip e penyata gaji anda.

langkah pertama:

buka laman anm e penyata daji kakitangan awam https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my dan masukkan no ic. anda tanpa senggang dan masukkan kata laluan, seterusnya anda akan dibawa seperti laman web dibawah:


Klik pada 'profil gaji / sendiri' seperti gambar diatas

masukkan tarikh
pilih tarikh
Seterusnya pilih tahun, bulan yang dikehendaki dan klik 'cari'

file slip gaji epenyata
pilihan file
Paparan baru akan muncul dan klik pada link file yang diberikan

download e penyata gaji slip
Download pop up
Seterusnya pop up dialog akan muncul dan klik 'save file'. File anda akan di muat turun secara automatik.

print slip gaji
print
Setelah selesai muat turun anda boleh buka file tersebut menggunakan perisian Adobe Acrobat. Disini anda akan dapati ikon 'print' pada bahagian atas sebelah kiri. Anda boleh terus cetak dengan klik butang tersebut. Siap!.

Harap entri ini dapat manfaat untuk anda.